|
|
| Saturday, 2-Aug-2008 09:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Undangan Majlis Perkahwinan >> Rashdan + Mazrita
|
|
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Majlis Persandingan saya(Rashdan) dan Mazrita, insyaallah akan diadakan pada 02 Ogos 2008 bertempat di 374 Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi Johor manakala Majlis Pernikahan dan Persandingan dibuat seminggu sebelumnya iaitu pada 26 Julai 2008 di rumah pihak perempuan di Batu Pahat Johor...
Semua rakan-rakan jauh dan dekat dijemput hadir memeriahkan majlis !!!!
Map ke rumah pengantin lelaki >> Kalau dari highway PLUS, exit ikut Kulai, tuju ke bandar metropolitan Kota Tinggi..sampai kat simpang Surau Kampung Makam(sebelah kanan), masuk ke kanan, hala ke Desaru/Pengerang/Sg Rengit. Felda Air Tawar 3 lebih kurang 10 km dr bandar Kota Tinggi...selamat memandu!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Jul-2008 00:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 19-Jun-2008 07:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Camping @ Punggai Beach, Pengerang, Kota Tinggi
|
|
14 Jun 2008 >>They' re coming.....The Invaders from JB!!!
Teluk Punggai Beach
The beach, located about 92km from Kota Tinggi is an alternative spot to engage in various beach activities like boating, kayaking, jetskiing, fishing and picnicking. Visitors to the beach could stay at one of the two resorts that provide basic facilities, or opt for more comfort at the other resort that has a swimming pool and a children's playground.
To get to Teluk Punggai Beach, head for Kota Tinggi town and travel for 47km, then turn left near Petronas fuel station, and travel another 5km to a round-about. Turn right at 3 o'clock and travel for 19km to reach Teluk Punggai Beach.
Enjoice..!!
Our campsite area..
They both can cook lah >> chef syed & asst hafiz ..and we can eat
1st activity upon arriving >> volleyball beach(of course)!!
Shuk >> ..almost 1 hour, still waiting in patience for his 1st catch..
hmm..wonder why they all like jumping2..
pls dont argue.. she must be in..
aku kah itu.(layan sunset)
coconut palm trees & the beach..
Night activity..
very fun >> sukaneka..early on the sunday morning..
its their favorite game..
all taking part..but not me..huhu
the practical students + doe staff...
3 dara + 2...
smile..1....2.....3.....ready..
Lompat!!!!!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 13-Jun-2008 00:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Trip 2 Malacca
|
|
JAS Johor telah dijemput oleh pihak IWK untuk sertai pertandingan ping-pong terbuka pada 09 Jun 2008(Ahad) bertempat di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB). Team JAS Johor - Suratman, Azhar, Janizan, MRT n Syiruz. Perlawanan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. JAS Johor selaku juara bertahan 3 tahun berturut2 nampaknya masih berupaya kekalkan kejuaraan untuk kali keempat. Perlawanan final lawan IWK, JAS Johor menang 2-1. Tahniah !!!
Lepas abis game, gi jalan-jalan ngan majeeta kat Bandar Hilir..sempat gak singgah bergambar kat sekolah lama dia, MOZEK...pastu singgah shopping lagi kat Ayer Hitam...lebih kurang pukul 11.00 malam baru sampai rumah di JB..letih2 tapi puas..
Aksi di tengah dan tepi gelanggang..
MRT in action- JAS Johor lwn JAS Melaka..
Team JAS Johor..
MRT n majeeta jalan2 @ Bandar Hilir..
Malacca River..
Posing je..tak beli pun..
Horse guard..
cik ta & cik yam...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Jun-2008 04:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aniza + Syariz, Kg Melayu Majidee JB
|
|
01 Jun 2008 adalah detik bersejarah untuk pasangan mempelai ini >> Aniza(org JB) dan Syariz(org Kay El tuu..) selamat diijabkabul di Masjid Larkin sebelah pagi lebih kurang jam 9.30 pagi. Majlis persandingan pula berlangsung di Dewan Raya, Kg Melayu Majidee JB hari yang sama..
Sama santek sama padan, bagai pinang dibelah lapan.. . hehe
Semoga kasih kekal berpanjangan..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 28-May-2008 02:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Munger..
|
|
Macam2 jenis orkid adaaaaa...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 27-May-2008 15:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Akad Nikah & Sanding l Ayu + Ridwan l 25 Mei 2008
|
|
Majlis akad nikah dan sanding di rumah perempuan di Felda Simpang Waha Kota Tinggi. Namanya Ayu. Sepupu majeeta belah mak dia. Pengantin lelaki pulak comel jek, orang Selangor. Kebetulan pulak dia ni adik senior kawan, Ali kat UM dulu. Hehe..kecik benor dunia ni kan. Dengar citer bas bawak rombongan pengantin lelaki bertolak seawal jam 4 pagi ke Johor. Alhamdulillah bas dan rombongan selamat sampai dan majlis pun berjalan lancar..line clear..
Selamat Pengantin baru Ayu n Ridwan...moga bahagia berkekalan..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-May-2008 05:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
400D+10-20mm canon
|
|
kombo 400D+10-20mmcanon..hmmm menarikz...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-May-2008 05:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Bertunang Ita & Rashdan..
|
|
Title : Majlis Bertunang Ita dan Rashdan
Tarikh : 22 November 2007
Photographer : Zamri Kasman aka Duke
Entry kali ini untuk diri sendiri pulak. Majlis bertunang telah diadakan di Batu Pahat pada 22 November 2007 yang lepas. Insyaallah majlis nikah belah perempuan nanti pada 26 Julai 2008 dan belah lelaki 02 Ogos 2008..
Tahniah untuk dirik sendirik..!! hehe
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-May-2008 05:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Operasi Pembersihan Pantai l 08 Mei 2008
|
|
Negeri Johor Darul Takzim merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia tetapi mempunyai jajaran pantai yang terpanjang sekali iaitu sepanjang 400 km yang menyebabkannya sentiasa terdedah kepada risiko pencemaran tumpahan minyak. Kawasan pantai dan persisirannya merupakan kawasan sensitif kepada alam sekitar yang mempunyai kepentingan dan fungsi yang pelbagai. Antaranya pantai-pantai peranginan dan pulau-pulau rizab taman laut yang merupakan kawasan pelancongan. Terdapat juga aktiviti ternakan ikan dalam sangkar yang menjadi sumber ekonomi penduduk tempatan. Bagi kawasan hutan bakau pula, ia menjadi habitat pelbagai spesis flora dan fauna dan berfungsi sebagai benteng pemecah ombak dan penahan hakisan. Pencemaran tumpahan minyak yang berlaku telah menjejaskan kegunaan berfaedah kawasan-kawasan sensitif alam sekitar ini.
Pantai Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi
Pantai Teluk Ramunia terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi. Tempatnya yang popular di kalangan pengunjung menyebabkan beberapa resort telah disediakan yang menawarkan keselesaan pada harga yang berpatutan.
Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air berkayak, jet-ski, menyelam dan sebagainya. Bagi menikmati panorama indah, kemudahan basikal juga disediakan. Tidak jauh dari pantai ini terdapat komuniti perkampungan nelayan yang sedia untuk dikunjungi.
Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, sebanyak 11 dan 16 kes direkodkan masing-masing bagi tahun 2006 dan 2007 yang melibatkan kejadian pencemaran tumpahan minyak di laut dan pantai-pantai di Negeri Johor. Kawasan yang sering terlibat adalah pantai-pantai di kawasan Desaru, teluk Ramunia dan Pengerang, Kota Tinggi dan di Kukup, Pontian. Dalam beberapa kes, Pelan Tindakan Pembersihan Pantai telah diaktifkan untuk membersihkan pencemaran tumpahan minyak ini. Punca-punca pencemaran tumpahan minyak ini telah dikenalpasti akibat pembuangan sisa enapcemar minyak daripada aktiviti mencuci tangki kapal di laut dan kejadian pelanggaran kapal.
Keindahan pantai Teluk Ramunia..
Pagi yang tenang di pantai Pengerang dikejutkan dengan kehadiran objek hitam berminyak.. ????!!(buah klapak daa..)
Pantai Pengerang diserang tumpahan minyak lagi..!!!! Nelayan dan resort terpaksa menanggung kerugian dan menjadi mangsa pembuangan sisa 'sludge oil' dari aktiviti 'tanker cleaning' di laut...
Hmm..dimanakah Keadilan?hehe
Kerja-kerja pembersihan pantai yang tercemar dijalankan secara gotong-royong..
Pantai dah bersih..kerja dah beres ..jom!! kita enjoyyy!!
|
|
|
|